Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah hotel di Makkah, Arab Saudi terpaksa dikosongkan selepas terbakar, hari ini.
Juru cakap Pertahanan Awam, Nayed al-Sharif, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di tingkat lapan sebuah hotel di daerah Azaziyah itu.
Kebakaran dikatakan berpunca daripada kerosakan unit pendingin hawa.
Shafir berkata, semua 600 penghuni hotel, kebanyakannya jemaah haji dari Turki dan Yaman, selamat dipindahkan dan kembali ke tempat penginapan masing-masing.
Jutaan jemaah haji mula memenuhi Tanah Suci ketika ini bagi menunaikan ibadat haji.
Kemuncak ibadat haji dijadual berlangsung minggu pertama September.- AFP
21 Ogos 2017 - 14:33
News ID: 849746
Sebuah hotel di Makkah, Arab Saudi terpaksa dikosongkan selepas terbakar, hari ini.